Dalam tahun 1962, pelajaran menengah telah dimulakan di Daerah Kecil Slim River. Seramai 56 orang murid dan 3 orang guru telah menumpang di bangunan sekolah ini disebelah petang. Dalam bulan Oktober 1965, para pelajar sekolah menengah telah dipindahkan ke bangunan baru yang sekarang ini dikenali sebagai “Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Slim River
Fasa 2 bangunan baru sekolah telah dibina dan disiapkan pada 20 September 2000. Bangunan sekolah ini mempunyai 2 blok bangunan 3 tingkat, sebuah kantin, sebuah blok rumah guru kelas F setinggi 5 tingkat.
Faktor – faktor tertubuhnya bangunan ini adalah kerana bangunan baru ini dibina atas dasar pertambahan murid pada setiap tahun dan pertambahan projek seperti :
1) Pra sekolah
2) Makmal ICT
3) Bilik – bilik khas untuk pembelajaran dan pengajaran (P&P) tidak mencukupi.
4) Pembelajaran dan pengajaran memerlukan bilik – bilik khas supaya bersesuaian dengan P&P yang diajar. Contohnya : bilik muzik, bilik kemahiran hidup dan bilik sains.
Seperti sekolah lain, sekolah ini juga telah mengalami perubahan tentang namanya :
1) Feb. 1954 hingga 1955 = Rural English School, Slim River
2) 1956 hingga 1960 = National Type Primary School (English) Slim River
3) 1961 hingga 1975 = Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Inggeris) Slim River
4) 1976 hingga 2000 = Sekolah Rendah Kebangsaan Jalan Kelab Sukan , Slim River
5) 2001 hingga sekarang = Sekolah Kebangsaan Slim River.
Senarai guru besar yang telah berkhidmat di sekolah ini
1)En. Khairuddin (Penyelia) Feb.1954 – 1955
2)En. Siew Kum Kum 1955 – 1956
3)En. P. Ananda 1956 – 1959
4)En. Wazir Singh 1959 – Jul.1980
5)En. Saidin b. Maamor 1.8.1980 – 8.8.1980
6)En. Abd Ghaffar b. Bumbun Ogos 1980 Mac 1981
7)En. Saidin b. Zakaria April 1981 – Jan 1983
8) En. Abd Wahid b. Mohidi Okt 1988 – Mei 1989
9) En. Omar b. Dawi Ogos 1984 Okt 1988
10) Hj. Kamaruzaman b. Harun Jan 1983 – Ogos 1983
11) En. Mohd Tahir b. Sharip Mei 1989 – Jun 1992
12) En. Chin Hin Wah Jun 1992 – Ogos 1993
13) En. Abd Kadir b. Jaafar Mac 1993 – Des 1997
14) Pn. Hjh Zaiton bt. Hj .Zainuddin 1997 – 1999
15) Tn. Hj Abu Kasim b. Darus 1999 – 2003
16) En. Mokhtar b. Paiman 2003 – 2006
17) Pn. Saadah bt. Misro 2006 – 2009
18) En. Haneefa b. Sharanee 2010 - 2011
19) En. Johannis b. Amrin 2012 -2013
20) Tn. Hj. Sa'aidin b. Ardi 2013 - sekarang
19) En. Johannis b. Amrin 2012 -2013
20) Tn. Hj. Sa'aidin b. Ardi 2013 - sekarang
thank info kakak.. boleh guna utk rujukan anak
ReplyDelete