Saturday, June 4, 2016

16 Fakta Sains Menarik Yang Mungkin Anda Tak Pernah Tahu

Inilah 16 dari berjuta-juta fakta sains mengagumkan lain yang mungkin anda semua belum tahu.

16 Fakta Sains Menarik

1. Kuku tangan tumbuh empat kali lebih cepat dari kuku kaki.
2. Pengguna tangan kanan rata rata hidup sembilan tahun lebih lama dari orang kidal.(hoh betul ke ni)?
3. Kalau korang menggosokkan bawang ke kaki, sekitar 30 – 60 minit, korang akan dapat merasakannya. Ini kerana bawang tersebut mengalir melalui aliran darah.
4. Korang tidak akan boleh bunuh diri dengan menahan nafas (kalau korang melakukannya sampai tak sadarkan diri,korang akan mulai bernapas normal secepatnya).
5. Di satu inci persegi kulit manusia terdapat 20 juta makhluk mikroskopik.
6. Armadilo adalah satu-satunya makhluk hidup bukan manusia yang boleh menderita kusta. Ada juga kes penularan penyakit ini dari armadilo ke manusia.
7. Seekor siput boleh tidur 3 – 4 tahun selama masa dia tidak memerlukan makanan.
8. Zirafah boleh hidup lebih lama tanpa air daripada unta.
9. Nyanyian paus bungkok akan berubah secara dramatis dari tahun ke tahun, tetapi setiap paus di seluruh samudera selalu menyanyikan lagu yang sama dengan yang lainnya.
10. Gaya yang diperlukan untuk mengangkat kedua dua kaki dari pasir apung dengan kecepatan satu sentimeter per minit sama dengan gaya yang diperlukan untuk mengangkat kereta berukuran sederhana.
11. Untuk menguji keaslian mutiara, korang boleh menggosokkan cuka ke permukaanya. Komposisi dari mutiara akan membuatnya menggelembung dengan cepat.
12. Ikan mash yang diletak di tempat gelap akan berubah menjadi putih. Dan kalau bukan kerana pengaruh makanan, mereka akan berubah menjadi putih seluruhnya.
13. Tidak seperti lebah lainnya, penyengat ratu lebah tidak berduri dan boleh digunakan berkali-kali tanpa melukainya.
14. Pasir apung tidak dengan cepat membunuh manusia kerana biasanya tidak terlalu dalam. Faktanya, sangat sulit membebaskan diri dari pasir apung dan inilah yang menyebabkan kematian.
15 Tiram boleh berubah antara jantan dan betina.
16) Lelaki 30% lebih kuat dari wanita dalam rata-rata, terutama tubuh bahagian atas, dan otak lelaki lebih berat dari otak wanita.


Sumber: 16 Fakta Sains Menarik Yang Mungkin Anda Tak Pernah Tahu - Fuh.My 


Fakta sains yang menarik tentang tubuh manusia...
Klik link di bawah untuk bacaan lebih lanjut..

http://www.mystupidtheory.com/2015/04/fakta-sains-menakjubkan-pada-tubuh-manusia.html

Lakukan eksperimen sendiri

Lakukan ekperimen dan penyiasatan berkaitan sains dengan cara yang menyeronokkan...






Menarik kan???

Semoga memberi manfaat...

Thursday, May 26, 2016

CUTI SEKOLAH LAGIIIIIIIIII


CUTI SEKOLAH KEMBALI....


Bermula minggu depan, cuti sekolah penggal pertama akan bermula...
Apa yang seronoknya cuti sekolah pada kali ini apabila bulan Ramadhan juga akan disambut pada minggu kedua cuti sekolah.
Perasaan seronok yang membuak-buak menyambut bulan Ramadhan di kampung amat-amat dinantikan. Seisi keluarga berkumpul meraikan bulan yang mulia ini sentiasa mengujakan.

Selamat datang cuti sekolah, selamat datang bulan Ramadhan....

Thursday, March 17, 2016

VIDEO PREEZI PRESENTATION


Video ini menunjukkan penggunaan prezi di dalam penyediaan slaid pembentangan yang menarik.
Selamat Menonton!!!

PERGI TAK KEMBALI...

Komposer terkenal Adnan Abu Hassan meninggal dunia
Adnan (gambar) menghembuskan nafas terakhir pada jam 2.17 pagi Jumaat di Hospital Selayang.
KUALA LUMPUR: Komposer tersohor, Datuk Adnan Abu Hassan, 57 tahun, menghembuskan nafas terakhir pada jam 2.17 pagi Jumaat di Hospital Selayang.

Allahyarham dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) di hospital tersebut tengah malam Khamis kerana serangan angin ahmar, diabetes dan kegagalan buah pinggang.

KESAN SUHU PANAS

Cuaca Panas : Nasihat Kepada Orang Ramai
  1. Cuaca panas memberi tekanan fizikal kepada tubuh manusia. Kesan terhadap kesihatan boleh jadi dari tahap sederhana (mild) kepada yang boleh menyebabkan maut  contohnya akibat strok haba.
  2. Semua orang berisiko menjadi mangsa cuaca panas. Walau bagaimanapun, terdapat kumpulan yang lebih berisiko:
    • Mereka yang terbabit dengan kegiatan aktiviti fizikal di luar seperti buruh, peladang, ahli sukan, tentera, polis dan lain-lain.
    • Orang dewasa (berumur 40 tahun ke atas mempunyai risiko 10 kali ganda berbanding dengan mereka yang lebih muda).
    • Kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah.
    • Penghidap penyakit sistem pernafasan.
    • Penghidap penyakit darah tinggi, jantung, kencing manis dan penyakit kelenjar tiroid.

  3. Risiko bertambah jika mereka memakai pakaian yang tebal dan ketat yang menghalang haba keluar daripada  penyejatan/ pengeringan peluh.
    • Gejala cuaca panas melampau adalah :
      • Sakit kepala
      • Keletihan
      • Lemah tumpuan
      • Pening
      • Lemah otot–otot atau kekejangan
      • Mual dan muntah
  4. Keadaan yang terlalu teruk boleh menyebabkan dehidrasi (kekeringan), kekeliruan dan tidak sedarkan diri (koma).
    • Cara  mencegah atau mengurangkan kesan terhadap kesihatan akibat cuaca panas melampau:

      4.1 Anda Perlu :
      • Minum air kosong dengan banyak tanpa mengira tahap aktiviti fizikal yang anda lakukan. Jangan tunggu sehingga anda dahaga.
      • Minum minuman isotonik kerana ia boleh menggantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh.
      • Sejauh yang mana yang boleh, anda perlu berada di dalam rumah/bangunan
      • Hadkan aktiviti luar
      • Kerap berehat
      • Mandi atau gunakan kipas angin untuk menyejukkan tubuh badan anda
      • Pakai pakaian yang ringan, berwarna-terang dan longgar.
      • Pakai topi atau payung yang besar 
      4.2 Elakkan:
      • Minum minuman yang mengandungi kafein, alkohol, atau kandungan gula yang tinggi.
      • Membiarkan seseorang di dalam kereta yang tertutup.
      • Bersenam dalam cuaca panas
  5.  Jika anda  mempunyai tanda-tanda masalah berkaitan dengan suhu panas,  ingat tip-tip di bawah;
    • Keluar dari kawasan yang panas
    • Tanggalkan pakaian yang ketat
    • Letakkan kain yang basah dan sejuk pada badan
    • Gunakan kipas untuk sejukkan badan
    • Minum air setiap 15 minit
    • Dapatkan bantuan jika keadaan tidak dapat dikawal 
read more \ references

Disqus Shortname

Comments system